Sejarah SMK PANDAN MEWAH (SMKPM) dibina di atas tanah Lot No. PT. 19495 dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) dengan keluasan iaitu 60 622 meter.Bangunan SMKPM terdiri daripada tujuh buah blok, sebuah surau, sebuah dewan dan sebuah pondok pengawal keselamatan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan ( SMKPM ) mula beroperasi pada 1 Januari 2004.
SMKPM telah beroperasi secara menumpang di SK Taman Bukit Teratai dari 2 Januari hingga 14 April 2004.Pada ketika itu terdapat 323 orang pelajar Tingkatan 1 dan 75 orang pelajar Tingkatan 2, manakala tenaga pengajarnya pula seramai 32 orang guru berijazah.
Pada awal pembukaannya sekolah ini diterajui oleh Pn Wan Fatimah bt. Wan Musa selaku Pengetua, Pn Hjh Rohaya bt. Sharifin sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Ahmad Sale b. Khamsen sebagai Guru Penolong Kanan HEM, dan Datin Hjh Zuraida bt. Ahmad sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.